resttime

Utama

23 NOVEMBER 2012 

Dapatkan Produk Nano V yang terbaru dari kami....Produk muka yang sangat berkualiti dan tanpa pengelupasan....Sila ke halaman PRODUK untuk melihat produk terkini....

 

17 OGOS 2012





We will be closed from 18th to 21st Aug for Hari Raya Holiday. Business will resumed on 22nd Aug (Wed). Selamat Hari Raya to all Our Value Customer......



13 JULAI 2012

SUNTIKAN; ADAKAH BATAL PUASA?
Soalan;

Assalamu alaikum, adakah dikira perkara yang membatalkan puasa sekiranya seseorang itu dimasukkan air ke tubuh badannya semasa mendapat rawatan di hospital?

Jawapan;

Soalan di atas berkait dengan hukum suntikan ke atas orang berpuasa; adakah membatalkan puasa atau tidak? Jawapannya; suntikan mempunyai beberapa tujuan;
1. Untuk tujuan pengubatan –seperti menyuntik ubat untuk menurunkan darjah kepanasan bagi orang demam, menyuntik insulan bagi pesakit kencing manis dan sebagainya-.
2. Untuk tujuan kekuatan/ketahanan badan –seperti menyuntik vitamin, kalsium dan sebagainya-.
3. Untuk tujuan taghziah iaitu membekalkan makanan kepada badan seperti memasukkan glukos, air dan sebagainya.

Bagi tujuan pertama dan kedua, ia tidak membatalkan puasa. Hukum ini telah disepakati oleh sekelian ulamak semasa hari ini kerana bahan yang masuk ke dalam badan melalui suntikan itu bukanlah masuk melalui saluran terbuka (iaitu mulut) dan ia juga tidak berfungsi sebagai makanan untuk badan. Maka suntikan itu tidak menafikan hikmah puasa iaitu berlapar dan menghalang diri (dari makan, minum dan sebagainya yang dilarang semasa berpuasa).

Adapun bagi tujuan ketiga iaitu taghziah, ulamak-ulamak semasa hari ini berbeza pandangan;

1. Sebahagian ulamak berpandangan; suntikan taghziyah (iaitu suntikan memasukkan makanan seperti glukos, air atau sebagainya) membatalkan puasa kerana ia mengambil kedudukan seperti makan atau minum. Suntikan itu membawa makanan masuk ke dalam badan dan badan menerima manfaat darinya. Jika makanan yang masuk melalui mulut membatalkan puasa, maka yang masuk melalui suntikan juga membatalkan puasa kerana ia adalah saripati makanan dan sampai secara direct kepada darah. Antara yang berpandangan begini ialah Syeikh Ibnu ‘Uthaimin (ulamak terkenal dari Arab Saudi) sebagaimana fatwanya dalam kitab “Fatawa ‘Ulama’ Baladil-Haram” (halaman 200).

2. Sebahagian ulamak yang lain berpandangan; tidak batal puasa kerana sekalipun ia bersifat makanan tetapi masuknya ke dalam badan bukanlah melalui saluran terbuka (mulut atau hidung) yang berterusan ke perut, akan tetapi melalui urat yang tiada pertalian direct dengan perut. Lagipun ia tidak menghilangkan lapar atau dahaga dan orang yang disuntik tidak merasai kenyang kerana bahan yang disuntik –sekalipun bersifat makanan- tidak sampai ke perut dan tidak melalui saluran penghadaman. Memang benar ia mungkin akan berasa lebih segar dan bertenaga, akan tetapi factor itu sahaja tidak boleh menjadi sebab untuk menghukum batalnya puasa kerana kesegaran juga dirasai oleh orang yang mandi ketika sedang berpuasa dan tidak ada ulamak yang berkata mandi membatalkan puasa kerana mendatangkan kesegaran. Di antara ulamak yang berpandangan begini ialah Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti’ie (bekas mufti Mesir). Pandangan inilah yang ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya “Fiqh as-Shiyam” (halaman 86).

Walllahu a’lam.

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/08/suntikan-adakah-batal-puasa.html


07 JULAI 2012

VITAMIN C : FUNGSI DAN KELEBIHANNYA

VITAMIN C :
Fungsi – fungsi dan faedahnya kepada tubuh manusia

Pengenalan :
Vitamin yang popular masa kini yang terhangat di pasaran diperkatakan didalam akhbar dan majalah dan lebih terkenal kerana dikatakan suntikan nya boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin . Adakah benar begitu ?? atau sekadar khayalan ….

Vitamin C adalah vitamin larut air juga di kenali sebagai Ascorbic Acid

Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia , oleh itu ia perlu diambil secara oral atau suntikan .

Vitamin C dari sumber semulajadi ( dari makanan ) ataupun yang di sintesis ( L – Ascorbic Acid) adalah sama secara kimianya dari segi fungsi didalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan.

Kekurangan vitamin C didalam badan akan menyebabkan penyakit yang dinamakan SCURVI yang banyak dihidapi oleh pelaut-pelaut pada masa dahulu kerana pemakanan mereka yang tidak mengandungi vitamin C.

Fungsi Vitamin C :  
  • Diperlukan dalam penghasilan Kolagen (Collagen ) semulajadi badan di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah, tendon, ligaments, tulang, gigi, rambut dan kulit. 
  • Penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine, di mana bahan–bahan ini amat kritikal didalam fungsi otak & saraf manusia. 
  • Sebagai bahan ANTIOKSIDA didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke, barah dsbgnya. Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara, makanan), stress, oxin , pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dsbgnya. 
  • Membantu untuk mengaktifkan agen –agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathione dsbgnya.
  • Untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot–otot badan.
  • Membantu dalam metabolisme kolesterol didalam badan untuk membentuk asid hempedu (Bile Acids) oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang didalam pundi hempedu (Gall Stone). 
  • Sebagai coenzyme didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen.
Faedah – faedah kesihatan Vitamin C :
Mengekalkan integrity tisu badan seperti kulit, lapisan mukosa oleh itu membuatkan kulit menjadi lebih licin, tegang, cerah & berseri, membantu menghilangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit disebabkan terdedah pada cahaya matahari.
  1. Membantu dalam proses penyembuhan luka pada kulit dan lapisan mukosa tubuh (mulut, paru-paru & system gastrousus ).
  2. Menjaga keutuhan system saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari ,stroke (angin ahmar), kerosakan buah pinggang dsbgnya.
  3. Membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah oleh itu mencegah penyakit seperti sakit jantung koronari, darah tinggi, stroke dsbg. 
  4. Membantu dalam mencegah penyakit barah ( kanser) dengan fungsinya sebagai bahan antioksida yang meneutralkan radikal bebas & mencegah kerosakan sel-sel tubuh yang boleh menyebabkan kanser. 
  5. Membantu dalam proses detoksifikasi bahan–bahan pencemar didalam badan seperti bahan logam berat ( Plumbum, raksa & arsenic).
  6. Meningkat tenaga & mencegah rasa keletihan yang melampau disebabkan Stress, Pemakanan, Pencemaran persekitaran.
  7. Mencegah penyakit SCURVI &membantu mengurangkan tahap penyakit(severity)      demam ,batuk & seisema ( Upper Respiratory tract infection).
Jumlah kadar Cadangan Harian ( RDA) Vitamin C :
  • Vitamin C
    120mg hingga 250mg sehari – pil
  • Dos sehingga 1000mg      adalah selamat tetapi tidak dicadangkan untuk setiap hari.
Kesan Sampingan  
  • Diarrhoea -      hanya jika dos terlalu tinggi diambil melalui mulut ( oral)
  • Suntikan – sakit & pedih pada tempat suntikan jika disuntik tidak dalam saluran darah.
  • Secara amnya Vitamin C yang diambil tidak      memberikan kesan sampingan yang buruk walaupun pada dos yang tinggi,      malahan terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para saintis yang      menunjukkan vitamin C
    pada dos yang      tinggi tidak merbahaya dan baik untuk kesihatan
     
Dr Norman Mohd Norawi (MBBS)


15 Jun 2012


Inai Rambut (RM45 ++)

Hadith:

1. "JANGANLAH KAMU MENCABUT UBAN KERANA IANYA ADALAH CAHAYA ISLAM. BARANGSIAPA SEHELAI RAMBUTNYA MENJADI UBAN DI DALAM ISLAM, DITULIS UNTUKNYA SATU KEBAIKAN DAN DIAMPUNKAN SATU KEJAHATAN DAN DINAIKKAN SATU DARJAT" diriwayatkan oleh Abu Daud.

2. "SESUNGGUHNYA YANG TERBAIK UNTUK MENUKARKAN WARNA KEPUTIHAN RAMBUT ADALAH DENGAN INAI" diriwayatkan oleh At-Tirmidzi.

Inai telah lama digunakan di negara2 timur sebagai pewarna semulajadi. Nama botanikalnya ialah lawsonia inermis. Daun inai diambil daripada pokok inai 3 kali setahun dan yang terbaik adalah pada bulan Mei dan Jun. Ia digunakan untuk kecantikan dan boleh dibuat lakaran pada anggota badan seperti tangan dan kaki yang boleh ditanggalkan. Maharaja dan ratu Parsi menggunakan inai sebagai skrub badan. Ratu Egypt, Cleopatra pula menggunakan inai untuk kecantikan rambutnya.

Amnya, inai membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih. Oleh itu penggunaan bahan kimia harus dielakkan. Ciri2 perubatan inai:
- boleh melarut
- sejuk dan kering.

Kelebihannya menginai rambut:
- Menguatkan akar rambut
- Memberi kilauan pada rambut
- Menghilangkan kelemumur
- Melembut dan memelihara rambut
- Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung
- Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk tidur
19 Mei 2012

PROMOSI VALID :  2th June 2012 - 31st August 2012


 19 Mei 2012
 
Keistimewaan Mandi Ais

Terapi ini dikatakan amat bekesan untuk merawat beberapa penyakit kronik daripada kanser sehinggalah sakit yang paling ringan seperti demam. Selain itu, terapi ini juga boleh memberi kesan kepada kecantikan dan awet muda.

Terapi ini bertindak untuk

Membunuh kulat, bakteria, virus yang tidak diperlukan dalam darah dengan cara tekanan daripada air.
Menguatkan sistem imun untuk menguatkan badan daripada jangkitan penyakit berjangkit.
Membunuh kuman pada luka, memecahkan darah beku.
Membaiki fungsi serta peredaran darah ke otak.
Boleh mengecilkan dan menghapuskan pertumbuhan sel barah, lymphoma dan leukimia.
Memberikan ketenangan, rehat yang sebenar, tidur yang lena dan secegaran yang cepat.
Mengawal dan membaiki denyut nadi, meningkatkan kadar metabolisma.
Mereka yang sihat juga boleh mengamalkan mandi ais untuk ketenangan, menghilangkan keletihan, kecantikan dan awet muda. Paling berkesan, mandi ais ini boleh melegakan keletihan dengan cepat dan memulihkan tenaga dengan pantas.
Penemuan Lain Tentang Mandi Ais

Di England terapi ais digunakan oleh pakar physiotherapiest untuk memulihkan ahli sukan yang keletihan. Terapi ais digunakan untuk mempercepatkan pemulihan badan daripada keletihan dan menyembuhkan kecederaan.

Dengan hanya berendam di dalam ais selama lima hingga 10 minit, kesejukan ais itu boleh melancarkan perjalanan darah di kaki ataupun bahagian yang mengalami keletihan. Selepas 10 minit akan terasa kaki berpeluh atau hangat dari dalam dan terasa ringan serta hilang kesakitan.

Semasa berendam, darah yang membawa oksigen akan banyak dibawa mengalir ke otot kaki dan bahagian lain badan untuk menolak asik laktik dan mengeluarkan toksin di dalam darah yang menyebabkan keletihan.
Biasanya mandi ais diamalkan oleh pemain ragbi semasa perlawanan Ragby World Cup, selepas menjalani latihan. Mereka mengamalkan mandi ais untuk membantu otot sentiasa kekal segar dan mengelakkan kecederaan.
Langkah-langkah Mandi Ais

Ada beberapa bahan yang akan dicampurkan di dalam tab mandi untuk terapi mandi ais. Bahan pertama yang mesti ada ialah air, iaitu perkara penting sebagai medium perantaran getaran tenaga dalam rawatan. Bahan-bahan lain ialah garam, kapur, belerang, minyak aromatherapy dan buih mandian beraroma. Bahan terpenting yang berperanan menguatkan getaran tenaga bahan-bahan yang dinyatakan di atas ialah ais. Ais berperanan menyejukkan air supaya molekul bahan menjadi bertenaga apabila ia bergetar denagan frequensi yang tinggi.

Setiap bahan-bahan ini memainkan peranan seperti berikut;

Air
Unsur atom air paling cepat mengesan gema atau gelombang yang berlainan dan paling cepat bergetar

Ais
Memberikan tekanan yang boleh menolak benda-benda asing mendap ke dasar kolam

Kapur
Menguatkan semula sktruktur tulang, meningkatkan suhu darah dan merendahkan suhu tulang. Merangsang impuls saraf ke otak dengan cekap dan tepat. Memberihkan kulit supaya deria sentuhan lebih peka pada tekanan persekitaran.

Sulfur
Membantu proses penghadaman, meneutralkan racun dan toksik dalam sistem penhadaman. Melancarkan penyerapan neutrient

Garam
Mencairkan darah, melancarkan aliran darah, mengeluarkan karbon dioksida yang terperangkap di dalm aliran darah dan memelihara sel darah

Aromatherapy
Merangsang kelenjar pineal untuk menguatkan sistem imun
rawatan sentiasa dipasang dengan penghawa dingin untuk memastikan tiada pergerakan udara yang bebas. Ais akan ditambah setiap 10 minit untuk mengekalkan kesejukan.
Sepanjang proses mandian bakteria akan banyak terurai dan dikeluarkan melalui kulit. Ia boleh menyebabkan bau busuk atau manjangkiti semula pesakit. Oleh itu, lampu UV akan dipasang sepanjang rawatan untuk memastikan bakteria tidak aktif. Dari dalam air pula, buih ozon dilepaskan untuk mematikan kuman atau jangkitan di dalam air.

Tab mandian dilengkapi dengan jakuzi untuk memastikan garam dapat bertindak mengecaj semula ion-ion negatif.


 09 Mei 2012
 

As'salam,

Kami telah mengemaskini produk kecantikan wajah dari NanoV. Sila lihat di bahagian Produk. Untuk sebarang pertanyaan atau sebarang pesanan sila hubungi kami di talian - 012 373 2748 / 012 272 4464.

 PRODUK KECANTIKAN TERKINI YANG MESTI DIMILIKI.


2 comments:

Ayu's Fashion said...

produk ni ade pengelupasan x

Unknown said...

dont worry ianya tanpa pengelupasan