Servis
Rawatan Kecantikan :-
- Relaxing Facial (RM60 ++)
- 24K Gold Facial (RM90 ++)
- Full Body Relaxing Massage (RM75 ++)
- Rawatan resdung (2pcs) + Normal Facial (RM45 ++)
- Add - Collagen / Vit C / anti penuaan (RM25)
Rawatan Rambut :-
- Minor cut, Wash & Blow (RM15 ++)
MANDI AIS/AURA (RM75)
KEISTIMEWAAN MANDI AIS
Terapi ini dikatakan amat bekesan untuk merawat beberapa penyakit
kronik daripada kanser sehinggalah sakit yang paling ringan seperti
demam. Selain itu, terapi ini juga boleh memberi kesan kepada kecantikan
dan awet muda.
Terapi ini bertindak untuk
Membunuh kulat, bakteria, virus yang tidak diperlukan dalam darah dengan cara tekanan daripada air.
Menguatkan sistem imun untuk menguatkan badan daripada jangkitan penyakit berjangkit.
Membunuh kuman pada luka, memecahkan darah beku.
Membaiki fungsi serta peredaran darah ke otak.
Boleh mengecilkan dan menghapuskan pertumbuhan sel barah, lymphoma dan leukimia.
Memberikan ketenangan, rehat yang sebenar, tidur yang lena dan secegaran yang cepat.
Mengawal dan membaiki denyut nadi, meningkatkan kadar metabolisma.
Mereka yang sihat juga boleh mengamalkan mandi ais untuk ketenangan,
menghilangkan keletihan, kecantikan dan awet muda. Paling berkesan,
mandi ais ini boleh melegakan keletihan dengan cepat dan memulihkan
tenaga dengan pantas.
Penemuan Lain Tentang Mandi Ais
Di
England terapi ais digunakan oleh pakar physiotherapiest untuk
memulihkan ahli sukan yang keletihan. Terapi ais digunakan untuk
mempercepatkan pemulihan badan daripada keletihan dan menyembuhkan
kecederaan.
Dengan hanya berendam di dalam ais selama lima
hingga 10 minit, kesejukan ais itu boleh melancarkan perjalanan darah di
kaki ataupun bahagian yang mengalami keletihan. Selepas 10 minit akan
terasa kaki berpeluh atau hangat dari dalam dan terasa ringan serta
hilang kesakitan.
Semasa berendam, darah yang membawa oksigen
akan banyak dibawa mengalir ke otot kaki dan bahagian lain badan untuk
menolak asik laktik dan mengeluarkan toksin di dalam darah yang
menyebabkan keletihan.
Biasanya mandi ais diamalkan oleh pemain
ragbi semasa perlawanan Ragby World Cup, selepas menjalani latihan.
Mereka mengamalkan mandi ais untuk membantu otot sentiasa kekal segar
dan mengelakkan kecederaan.
Langkah-langkah Mandi Ais
Ada
beberapa bahan yang akan dicampurkan di dalam tab mandi untuk terapi
mandi ais. Bahan pertama yang mesti ada ialah air, iaitu perkara penting
sebagai medium perantaran getaran tenaga dalam rawatan. Bahan-bahan
lain ialah garam, kapur, belerang, minyak aromatherapy dan buih mandian
beraroma. Bahan terpenting yang berperanan menguatkan getaran tenaga
bahan-bahan yang dinyatakan di atas ialah ais. Ais berperanan
menyejukkan air supaya molekul bahan menjadi bertenaga apabila ia
bergetar denagan frequensi yang tinggi.
INAI RAMBUT (RM45 ++)
KEISTIMEWAAN INAI RAMBUT
Hadith:
1. "JANGANLAH KAMU MENCABUT UBAN KERANA IANYA ADALAH CAHAYA ISLAM.
BARANGSIAPA SEHELAI RAMBUTNYA MENJADI UBAN DI DALAM ISLAM, DITULIS
UNTUKNYA SATU KEBAIKAN DAN DIAMPUNKAN SATU KEJAHATAN DAN DINAIKKAN SATU
DARJAT" diriwayatkan oleh Abu Daud.
2. "SESUNGGUHNYA YANG TERBAIK UNTUK MENUKARKAN WARNA KEPUTIHAN RAMBUT ADALAH DENGAN INAI" diriwayatkan oleh At-Tirmidzi.
Inai telah lama digunakan di negara2 timur sebagai pewarna semulajadi.
Nama botanikalnya ialah lawsonia inermis. Daun inai diambil daripada
pokok inai 3 kali setahun dan yang terbaik adalah pada bulan Mei dan
Jun. Ia digunakan untuk kecantikan dan boleh dibuat lakaran pada anggota
badan seperti tangan dan kaki yang boleh ditanggalkan. Maharaja dan
ratu Parsi menggunakan inai sebagai skrub badan. Ratu Egypt, Cleopatra
pula menggunakan inai untuk kecantikan rambutnya.
Amnya, inai
membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih. Oleh itu penggunaan
bahan kimia harus dielakkan. Ciri2 perubatan inai:
- boleh melarut
- sejuk dan kering.
Kelebihannya menginai rambut:
- Menguatkan akar rambut
- Memberi kilauan pada rambut
- Menghilangkan kelemumur
- Melembut dan memelihara rambut
- Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung
- Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk tidur.
MANDI SAUNA/WAP (RM25)
KEISTIMEWAAN MANDI WAP / SAUNA
KELEBIHAN MANDI WAP SAUNA BERBANDING AKTIVITI LAIN
Berikut adalah perbandingan di antara kesan daripada mandian wap ( bersauna ) dan dengan kegiatan bersukan
yang lain :
1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP ( SAUNA )
** Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
** Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
** Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
** Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.
** Meningkatkan sistem kardiovascular
** Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
** Melancarkan peredaran darah
** Meningkatkan sistem immunisasi badan
** Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
** Meningkatkan tahap metabolisma
AMALAN MANDI WAP UNTUK KECANTIKAN & KESIHATAN
Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap
kali. Tiga (3) penggunaan seminggu sememangnya sudah memadai. Anda akan merasai
kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian. Minum air secukupnya sebelum
dan selepas bersauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan.
Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita
pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.
KESAN MANDI WAP + HERBA UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN
Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada system "kadiovaskular".
Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit
semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan
darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebankan slauran darah
yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran
darah ke seluruh badan. Proses ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih
banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel
yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan
kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi
wap.
Wap memanaskan seluruh anggota,
menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih
mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan
sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.
Wap panas akan membuka rongga atau liang roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit,
menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan
kelemumur dengan berkesan.
Wap panas juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke sistem
perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan
yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap panas yang masuk
melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus),
bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).
Di antara khasiat - khasiat mandi wap + herba yang lain adalah :
1. Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan
2. Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan
dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.
3. Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.
4. Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.
Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10 ke 20 minit lagi.
Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.
MANDI WAP (SAUNA) - LANGKAH MUDAH UNTUK MENYEGARKAN BADAN
Menjaga kesegaran tubuh badan merupakan satu rangkaian yang terdiri
daripada beberapa proses. la juga memerlukan satu sinergi untuk memberi hasil
yang maksimum terhadap tubuh badan anda. Salah satu cara untuk memperoleh tubuh
badan yang segar adalah mandi sauna.
Biasanya, mandi sauna dilakukan
setelah melakukan sukan olahraga bagi mendapatkan kembali kesegaran tubuh badan.
Namun, ramai yang tidak menyedari mandi sauna ini memberi impak yang baik
terhadap tubuh badan. Sesetengah orang pula menganggap mandi sauna ini remeh dan
hanya merupakan satu pelengkap ritual sahaja.
Jika diteliti dengan lebih
mendalam, mandi sauna memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh. Malah, ia
sudah lama dipraktikkan dan amat terkenal di kebudayaan Rom, Mediterranean,
Rusia dan India.
Asalnya, sauna digunakan untuk membantu mengeluarkan
racun dan toksin dari dalam tubuh. Hal ini pula kemudian menyebabkan mandi sauna
ini terkenal di seluruh pelosok negara. Hingga kini, manfaat kesihatan dari
sauna tetap menjadi satu sebab bagi setiap orang untuk melakukannya.
Kelebihan sauna ini menjadikan ia sebagai satu perkara wajib setelah
berolahraga. Ini kerana, mandi sauna ini dapat membantu mengendurkan kembali
otot tubuh yang kejang ketika berolahraga atau setelah bekerja dalam situasi
ketegangan yang tinggi.
Otot yang terasa mengejang setelah bekerja
disebabkan racun yang berkumpul di jaringan otot anda. Dengan melakukan sauna,
ia dapat melancarkan kembali peredaran darah dan memperbaiki jaringan otot
sehingga kembali relak.
Peluh yang dihasilkan ketika mandi sauna ini
memberi kebaikan tersendiri. Peluh tersebut merupakan hasil dari pembakaran
tubuh akibat peningkatan metabolisme. Hasil dari penelitian, sauna dikatakan
membantu membakar sehingga 400 kalori dalam masa setengah jam.
Ini
kerana, wap panas yang dihasilkan ini membuka pori-pori kulit dan membantu
mengeluarkan toksin dari dalam tubuh. Hasilnya, kulit akan terasa lebih bersih
dan tegang di samping berasa lebih segar dan sihat. Tidak hairanlah sauna banyak
digunakan dalam proses melangsingkan badan.
TIP UNTUK MANDI WAP (SAUNA)
Sebelum melakukan sauna, biasakan minum air mineral sebelum dan sesudah
melakukan sauna. Kemudian, duduk atau berbaring sejenak selama 10 minit untuk
memperoleh manfaat sauna secara lebih maksimum. Bagi ibu-ibu hamil, atau mereka
yang mengalami masalah saluran pernafasan, elakkan dari melakukan
sauna.
No comments:
Post a Comment